KENALI KAMI

Jamu Seri Dewi Malam adalah ramuan tradisi peninggalan nenek moyang, kini diwarisi oleh ibu dan dikomersialkan oleh puan pengasas sendiri. Seri Dewi Malam adalah produk-produk berasaskan herba dan rempah-ratus yang amat berkhasiat untuk penjagaan dalaman wanita. Ramuan tradisi ini kini dikomersilkan untuk memudahkan wanita-wanita moden mengamalkan pemakanan khasiat herba turun temurun. Ianya kini semakin mendapat sambutan di kalangan pengguna2 di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. Alhamdulilah Seri Dewi Malam juga telah mula dikenali diseluruh dunia setelah kemujarabannya tersebar melalui penjualan atas talian (online).

Bermula dengan produk kesihatan untuk semua peringkat usia, hinggalah masalah-masalah spesifik yang dialami kebanyakan lelaki dan wanita, produk kami diperkembangkan mengikut kesesuaian penggunaan dan permasalahan. Melalui produk-produk ini, kami telah berupaya menyedarkan wanita-wanita bahawa pentingnya menjaga kesihatan dalaman untuk keharmonian rumahtangga dan penjagaan kesihatan. Pengguna dari kalangan kaum lelaki juga semakin memahami permasalahan kesihatan yang mereka hadapi kerana kesungguhan kami menerangkan secara terperinci permasalahan mereka dan penyelesaiannya menggunakan produk kami.

Kami juga mempunyai pelbagai perancangan yang disusun untuk memantapkan pemasaran dan jualan bagi membantu para stokis, pengedar dan juga agen yang menjadikan Produk Jamu Seri Dewi Malam sebagai sumber pendapatan utama mahupun sampingan.

Dari “Group” bimbingan yang kami wujudkan di media sosial seperti Facebook sehinggalah seminar-seminar berilmu untuk para peniaga meningkatkan tahap kefahaman tentang produk dan teknik pemasaran untuk meluaskan pemasaran dan meningkatkan jualan mereka. Kami juga berusaha menambah baik produk dan juga mengisi permintaan pengguna yang tidak mahu bertukar jenama untuk mewujudkan pelbagai jenis produk untuk kegunaan harian mereka.

Kami amat berharap, produk dari kami ini dapat menyelesaikan banyak permasalahan dikalangan wanita, lelaki, muda tua, kanak-kanak, remaja, berkahwin atau tidak. Kami amat berterima kasih kepada pengguna yang setia dan terus menggunakan produk kami serta memperkenalkan pula kepada orang-orang terdekat mengenai kami. Begitu juga kepada para stokis, pengedar juga agen yang sentiasa bersemangat berkongsi kebaikan produk Jamu Seri Dewi Malam serta berjaya mengumpul sejumlah besar testimonial untuk pelbagai produk keluaran kami. Terima kasih kepada semua. Semoga sukses bersama SERI DEWI MALAM.

HUBUNGI KAMI

Your Name (required)

Your Email (required)

Subject

Your Message